Krisis Covid: Pandemik, Kesdemik, atau Ketidakcekapan?
Pengenalan
Dokumen ini ditulis untuk memberi keterangan bagi menyokong surat terbuka yang ditulis kepada Ahli Parlimen di Malaysia serta ahli-ahli terpilih Jabatan Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia, pada Februari 2022..
Semua maklumat yang dibentangkan dalam dokumen ini berasal dari set data awam dan sumber terbuka, yang boleh dilihat oleh mana-mana pembaca melainkan set data awam atau dokumen berkaitan yang telah ditarik balik.
Dalam laporan ini, kita akan mula meneroka mengapa langkah-langkah COVID-19 perlu dihentikan secara keseluruhannya. Kemudiannya melihat sama ada langkah-langkah COVID-19 sepatutnya dilaksanakan dari awalnya, dan jika tidak mengapa tidak. Akhirnya kita meneroka isu terbesar yang ramai tidak nampak, dan menangani kemungkinan sama ada vaksin COVID-19 mendatangkan keburukan lebih daripada kebaikan.
Bahagian 1. Kenapa Langkah-Langkah Menangani Covid-19, Terutamanya Vaksinasi, Mesti Dihentikan.
1. Tiada lagi krisis
Dari data awam yang tersedia untuk dianalisa oleh sesiapa, jelaslah bahawa krisis kesihatan awam yang pernah dianggap mengancam keselamatan negara telah reda. Dalam Rajah 1 anda dapat melihat bahawa, pada 22 Feb 2022 jumlah kematian setiap hari yang berkaitan dengan COVID-19 turun lebih daripada 95% dari puncak.
Anda juga harus ambil perhatian bahawa puncak berlaku pada tahun 2021, selepas beberapa bulan vaksin dilancarkan. Tiada puncak sedemikian berlaku pada tahun 2020.
Sejak dua tahun yang lalu kerajaan di seluruh dunia telah melancarkan tindak balas pandemik yang besar, mahal, agresif terhadap wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, setelah disajikan bukti-bukti yang semakin menggunung bahawa wabak COVID-19 kini telah berakhir, dan langkah-langkah yang digunakan untuk menghentikan wabak itu menimbulkan kerosakan sampingan yang tidak diingini, beberapa negara termasuk Sweden, Denmark, Iceland, UK dan Switzerland kini telah menarik balik pelan tindak balas pandemik mereka dan mengangkat semula sekatan - termasuk keperluan untuk pasport vaksin.
Walaupun begitu, Malaysia masih melaksanakan sekatan berat ke atas rakyatnya. Walaupun COVIDNOW sekali lagi menunjukkan perkembangan pesat dalam kes COVID-19, kes-kes ini tidak kelihatan seperti menyebabkan penambahan kematian. Lengkung kematian sekarang jelas menurun. Data kematian terkini yang diambil dari COVIDNOW ditunjukkan di bawah.
Jadual 1. Kematian COVID-19 Mengikut Tarikh. Sumber:
https://covidnow.moh.gov.my
Sama ada atau tidak ‘kes’, seperti yang hanya diukur melalui ujian PCR atau RTK, sepatutnya digunakan untuk menentukan bahawa wabak sedang mengganas adalah perkara serius yang penuh kontroversi. Keputusan ujian positif tidak semestinya mencerminkan kehadiran atau tahap serius penyakit. Ini dibincangkan kemudian dalam dokumen ini di bawah tajuk kecil: Panik Didorong oleh "Kesdemik".
Bukan sahaja tidak ada lagi krisis, tetapi semua orang di Malaysia pasti ingat bahawa KKM memberitahu apabila cukup penduduk Malaysia telah diberi vaksin negara akan mencapai imuniti kelompok. Penduduk diberitahu bahawa apabila matlamat ini telah dicapai pandemik akan berakhir.
KKM memberitahu rakyat Malaysia bahawa menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% penduduk dunia perlu ada daya tahan terhadap #COVID19 agar 'imuniti kelompok' dapat dicapai dan penyebaran #COVID19 dikawal.
Memandangkan Malaysia kini melepasi kemuncak kematian yang berlaku pada bulan Ogos 2021, dan memandangkan jumlah ambang 60-70% penduduk yang divaksinasi untuk menghapuskan semua sekatan telah dicapai, semua sekatan COVID-19, terutama paksaan yang berterusan untuk orang ramai divaksinasi, harus ditamatkan dengan segera.
2. SOP membezakan antara mereka yang divaksinasi dan tidak divaksinasi tiada makna dan mendiskriminasi
Teras utama pendekatan KKM untuk menghentikan wabak COVID-19 adalah untuk mendapatkan majoriti rakyat Malaysia disuntik dengan vaksin COVID-19.
Untuk "menggalakkan" rakyat di Malaysia untuk divaksin dengan vaksin COVID-19, kerajaan mewujudkan SOP yang, pada hakikatnya, melucutkan hak orang yang tidak divaksin daripada kebebasan untuk bergerak, kebebasan untuk berpersatuan, dan kebebasan untuk bekerja yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Maksudnya, individu yang menegaskan hak mereka untuk mendapatkan persetujuan sepenuhnya sebelum mengambil bahagian dalam urusan perubatan, pada hakikatnya, dihalang daripada menjalani kehidupan mereka. Sama ada atau tidak perkara sedemikian adalah wajar merupakan persoalan terbuka.
Buat masa ini, apa yang benar-benar penting ialah soalan ini: adakah dasar mengehadkan akses kepada perkhidmatan untuk orang yang tidak divaksinasi adil? Apakah itu masuk akal? Sebagai permulaan, kita perlu memahami data kadar jangkitan. Berdasarkan data daripada KKM COVIDNOW GitHub, peratusan orang yang tidak divaksin yang mempunyai keputusan ujian positif COVID-19 kini lebih rendah daripada peratusan penduduk yang belum divaksinasi.
Rajah 2. Kes di Kalangan Tidak Divaksin. Sumber data: KKM GitHub Repository
Pada masa yang sama, peratusan orang yang divaksin sepenuhnya yang diuji positif untuk COVID-19 lebih tinggi daripada peratusan orang yang divaksin sepenuhnya dalam populasi, seperti yang dapat kita lihat dalam graf di bawah. Ini pada dasarnya bermaksud bahawa orang yang divaksinasi mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk diuji positif COVID-19 daripada orang yang tidak divaksinasi, dan mereka juga akan menyebarkan lebih banyak virus per kapita yang dijangkiti daripada yang tidak divaksinasi.
Rajah 3. Kes di Kalangan Divaksin. Sumber data: KKM GitHub Repository
Rajah 4. Kes di Kalangan Divaksin dengan Penggalak. Data source: KKM GitHub Repository
Peratusan kes COVID-19 pada mereka yang mempunyai dos penggalak juga meningkat, seperti yang dapat kita lihat dalam graf di atas.
Harus diingat bahawa oleh kerana vaksin juga diberikan kepada warga asing tanpa izin, bilangan penduduk yang digunakan untuk mengira peratus penerima vaksin juga harus termasuk warga asing tanpa izin, tetapi jumlah penduduk rasmi yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan hanya mengira warganegara Malaysia dan penduduk asing yang sah. Penduduk rasmi adalah 32.7 juta, tetapi penduduk termasuk pendatang asing tanpa izin adalah 34.7 juta menurut pengiraan kami. Dua graf di atas adalah berdasarkan populasi 34.7 juta.
https://mycovidgraphs.blogspot.com/2021/11/the-malaysian-population- including.html
Dari melihat tiga graf di atas, apa yang boleh kita nyatakan dengan pasti adalah bahawa vaksinasi tidak dapat dengan apa cara sekalipun mencegah keputusan ujian positif COVID-19. Kami melihat bahawa orang yang tidak divaksinasi, divaksinasi sepenuhnya dan mereka yang diberi dos penggalak semua boleh dijangkiti SARS-CoV-2 DAN keseluruhannya, mereka yang tidak divaksinasi menghasilkan lebih sedikit kes per kapita daripada orang yang divaksinasi sepenuhnya.
Oleh itu, jelas, JIKA keputusan ujian positif untuk COVID-19 bermaksud bahawa seseorang dijangkiti COVID-19 dan boleh menjangkiti orang lain dengan COVID-19, MAKA kedua-dua golongan yang divaksinasi dan tidak divaksinasi dapat dijangkiti dan menyebarkan virus.
Selain itu, tidak mungkin untuk mengesan dari mana jangkitan tertentu berasal. Maksudnya, kita tidak dapat mengetahui sama ada jangkitan baru berasal sama ada dari orang yang telah divaksinasi atau tidak divaksinasi. Sekali lagi, adakah jangkitan itu datang dari orang yang divaksinasi atau tidak divaksinasi?
Oleh itu, kerana semua orang tanpa mengira status vaksin sama-sama berisiko, mengehadkan kumpulan yang berbeza dengan cara dan layanan yang berbeza berdasarkan status vaksinasi tidak masuk akal. Jelas sekali, dasar sedemikian tidak adil.
Oleh kerana orang yang tidak divaksinasi dan divaksinasi sama-sama mampu menjadi sumber jangkitan baru (seperti yang diukur oleh ujian PCR dan RTK), apa-apa dasar yang memperlakukan orang-orang yang berlainan kategori ini secara berbeza jelas tidak saintifik dan tidak sesuai.
Maka, dasar dan SOP yang mengehadkan apa orang yang tidak divaksinasi dapat lakukan dalam masyarakat harus dihentikan dalam masa yang singkat.
KESIMPULAN KEPADA BAHAGIAN 1.
Wabak kematian di Malaysia telah berakhir. Langkah-langkah yang cuba untuk melayan golongan yang divaksin dan yang tidak divaksin secara berbeza adalah salah, dan menggalakkan diskriminasi sambil menunjukkan sedikit kesan ke atas kadar jangkitan. Semua langkah kawalan COVID-19 harus dihentikan dalam masa yang sesingkat mungkin.
Bahagian 2. Adakah Reaksi Terhadap COVID-19 Wajar?
Kami faham bahawa tajuk untuk bahagian ini mungkin mencabar bagi ramai orang. Dan, adalah penting untuk menyedari bahawa peristiwa dua tahun yang lalu telah menghancurkan ekonomi di Malaysia dan di peringkat global, memusnahkan perniagaan dan kehidupan, dan meletakkan berjuta-juta orang di seluruh dunia ke dalam kemiskinan.
Adakah sepatutnya semua kerosakan ini dikaitkan dengan virus sahaja? Atau, haruskah kita melihat dengan mata yang jelas pada respon nasional terhadap suatu virus, dan berfikir apakah respon itu berkadar atau perlu? Apa yang dimaksudkan dengan ini? Di sini ada satu metafora — jika anda menemui sarang tebuan di dalam rumah, adakah anda akan mengatakan bahawa tindakan membakar rumah untuk memusnahkan sarang tebuan itu adalah sesuai atau bijak? Kami menjangka bahawa kebanyakan orang akan mengatakan tidak.
Jadi, dalam konteks COVID-19 persoalannya ialah: adakah kita membakar rumah? Adakah langkah-langkah yang diambil menyebabkan lebih banyak kerosakan dan kemusnahan daripada masalah yang cuba selesaikan? Dari bukti yang kami sampaikan di bawah anda dapat membuat kesimpulan anda sendiri.
1. Apa itu Pandemik?
Kita harus mulakan dengan sedikit sejarah. Lebih kurang sedekad yang lalu, persoalan sama ada influenza H1N1 sepatutnya dilabelkan sebagai "pandemik" mencetuskan kontroversi besar. Sebelum 4hb Mei 2009, definisi wabak adalah:
Gambar 5. Definisi Pandemik WHO Pra 2009
http://www.who.int/csr/disease/influenza/pandemic/en/index.html dicari dalam http://web.archive.org/web/20080612034723
"Pandemik influenza berlaku apabila virus influenza baru muncul di mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti, mengakibatkan beberapa wabak serentak di seluruh dunia dengan jumlah kematian dan penyakit yang besar".
Kita perhatikan bahawa "bilangan kematian yang besar" adalah komponen utama definisi - satu kriteria yang H1N1 gagal dipenuhi. Pada tahun 2010, Majlis Perhimpunan Parlimen Eropah (PACE) telah mengkritik tindak balas pandemik terhadap H1N1, dengan menyatakan bahawa ia menyebabkan pembaziran wang awam, dan ketakutan yang tidak wajar tentang risiko kesihatan.
Berikutan kritikan ini, daripada bertindak untuk mengubah prosedur untuk mengelakkan ia berulang lagi , dan meletakkan seluruh dunia dalam keadaan panik, WHO sebaliknya memutuskan untuk mengubah definisi "pandemik". Mereka melakukannya dengan memadamkan "jumlah kematian yang sangat besar" dalam definisi.
Gambar 6. Definisi Pandemik WHO 2020
Nota: Ini asalnya ditemui di laman web: https://www.who.int/influenza/pandemic/en/
Carian yang dilakukan pada masa penulisan tidak lagi dapat menjumpai halaman ini kerana ia kelihatan telah dipadamkan.
Definisi wabak pasca tahun 2009 dari WHO berbunyi: "Wabak penyakit berlaku apabila terdapat lebih banyak kes penyakit itu daripada biasa. Pandemik adalah wabak penyakit yang berlaku di seluruh dunia. Pandemik influenza mungkin berlaku apabila virus influenza baru muncul di mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti terhadapnya.”
Definisi penting. Ianya benar-benar kunci kepada keputusan yang menyusulinya.
Mentakrif apa yang menjadikan pandemik adalah tindakan yang mudah, namun ianya mempunyai kesan sosial, ekonomi dan politik yang luar biasa. Sama ada atau tidak tindak balas terhadap wabak itu wajar dan sesuai, atau terdiri daripada tindakan -tindakan melampau yang membawa kepada kerosakan besar, sangat bergantung kepada bagaimana pandemik ditakrifkan. Tindak balas pandemik yang terlalu agresif bukan sahaja akan melenyapkan kepercayaan orang ramai secara kekal terhadap pegawai kesihatan dan tindakan kerajaan terhadap sebarang pandemik di masa hadapan, ia juga menyebabkan sebahagian besar penduduk menderita sepenuhnya.
Ini dibuktikan dengan kerosakan yang telah dilakukan kepada ramai orang di Malaysia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Segala yang telah berlaku di Malaysia sekitar COVID-19 sejak awal tahun 2020 adalah disebabkan oleh perubahan definisi pandemik yang dibuat oleh WHO pada tahun 2009.
Tiada siapa yang pasti mengapa WHO mengeluarkan ayat "jumlah kematian yang besar" dari definisi pandemik, tetapi perubahan itu adalah satu-satunya sebab yang paling penting untuk semua penderitaan yang dihadapi di Malaysia hari ini. Kami sangat percaya bahawa mengekalkan ayat "jumlah kematian yang besar" sebagai sebahagian daripada definisi untuk pandemik adalah saintifik dan masuk akal. Lagipun, mengatakan bahawa terdapatnya pandemik apabila sangat sedikit orang yang mati, secara semulajadinya boleh membawa kepada tindakan yang mungkin mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Oleh itu, kami akan menggunakan definisi pandemik WHO pra-2009 dalam bahagian ini.
Kita sudah tentunya ingin sangat untuk mendengar daripada WHO atau ahli-ahli profesion kesihatan awam yang lain mengapa mereka mengubah definisi pandemik dengan mengeluarkan ayat yang menyentuh soal kematian yang banyak. Jika hujah dan bukti yang dikemukakan adalah menarik dan berdasarkan sains yang betul dan pemikiran yang rasional kita akan tergerak untuk mengubah pendirian kita.
2. Tiada bukti pandemik maut di Malaysia pada 2020
Perkara pertama yang perlu ditunjukkan ialah, pada tahun 2020, tidak ada bukti pandemik maut yang telah menjejaskan Malaysia. Dari graf berikut, ihsan Jabatan Perangkaan Malaysia, kita dapat melihat dengan jelas bahawa kematian semua penyebab pada tahun 2020 adalah sangat selaras dengan 4 tahun sebelumnya. Malahan ia adalah, sebenarnya, sedikit lebih rendah.
Rajah 7. Statistik Kematian Malaysia sehingga 2021 Suku ke-2
Sumber: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=401&bul_id=QTU5T0dKQ1g4MHYxd3ZpMzhEMzdRdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
Penurunan data kematian semua sebab pada tahun 2020 dapat dilihat dengan lebih jelas dari data yang dibentangkan di laman web Our World in Data. Dari Januari 2020 sehingga Jun 2021 jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah negatif.
Rajah 8. Kematian Semua Sebab Malaysia 2020-2021 Sumber: Our World In Data
Sekiranya terdapat pandemik yang berlaku di Malaysia maka sebaliknya akan dapat dilihat. Kita akan nampak peningkatan yang signifikan dalam kematian berlebihan di atas garis dasar.
Dalam Rajah 8 kita melihat peningkatan kematian yang berlebihan di atas garis dasar, tetapi hanya selepas pelancaran vaksin. Ini menimbulkan pertanyaan yang sangat penting. Sekiranya Malaysia mengalami kematian semua sebab yang normal, atau lebih rendah daripada biasa, pada tahun 2020 dan separuh pertama 2021, apa yang menyebabkan peningkatan mendadak kematian berlebihan melebihi garis dasar yang dijangkakan? Mengapa perubahan ini berlaku selepas pelancaran program vaksinasi?
Rajah 9. Kematian Berlebihan Malaysia 2021 Sumber: Our World in Data
Lonjakan yang ketara dalam Kematian Semua Sebab amat jelas ditunjukkan dalam graf di muka surat 9.
Berdasarkan jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada kerajaan di Parlimen Malaysia pada tahun 2021 (lihat Rajah 18 di muka surat 26) kita dapati bahawa pada tahun 2020 hanya terdapat 471 kematian yang berkaitan dengan COVID-19, kebanyakannya di kalangan warga tua. Data dari KKM GitHub meletakkan jumlah itu pada 578 pada tahun 2020. Kita mesti membandingkan skala nombor ini dengan punca utama kematian yang lain, yang dibentangkan di bawah. Pada tahun 2019 terdapat sejumlah 173,746 kematian di Malaysia, dan jumlah kematian menurun sebanyak 4.2% pada tahun 2020. Pada tahun 2019, terdapat 109,164 kematian yang disahkan secara perubatan, dan 109,155 kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2020.
Rajah 10. – Kematian di Malaysia 2010 sehingga 2020
Lima punca utama kematian dalam tempoh dua tahun itu (2019 dan 2020) adalah penyakit jantung, radang paru-paru, penyakit serebrovaskular, kemalangan pengangkutan dan pelbagai kanser tekak dan paru-paru. (Dikira daripada data DOSM / Jabatan Perangkaan Malaysia).
Jadual 2. Punca Utama Kematian di Malaysia 2019 dan 2020
Bandingkan nombor-nombor tersebut dengan 471 (atau 578) dan tanya – mengapa sebenarnya Malaysia “ditutup” pada tahun 2020? Beberapa ratus kematian berbanding dengan lebih daripada seratus ribu adalah, dalam bahasa pasar lagi kasar, “takde pape beb!”. Memandangkan jumlah kematian yang begitu kecil dan oleh itu TIADA pandemik, adakah terdapat justifikasi untuk PKP dan langkah-langkah pandemik lain yang telah digunakan di Malaysia? Jika demikian, apa justifikasinya? Dan, apakah kos langkah-langkah pandemik?
3. Panik didorongi oleh “Kesdemik”
Walaupun jelas dari data kematian semua sebab bahawa Malaysia tidak mempunyai pandemik maut yang berlaku pada tahun 2020, namun terdapat pandemik ketakutan. Ketakutan ini didorong secara langsung oleh gembar-gembur media massa arus perdana yang berterusan, dan oleh ujian yang tidak henti-henti ke atas orang yang sihat untuk menentukan sama ada mereka entah bagaimana dapat "menghidap" virus yang kononnya bertanggungjawab untuk COVID-19.
Adalah penting untuk difahami dan disedari bahawa ujian PCR dan ujian RTK-Ag menghasilkan apa yang dikenali sebagai "positif palsu", yang bermaksud anda boleh menguji positif tanpa benar-benar mempunyai sebarang virus dalam badan anda. Juga, ujian ini mengambil bahan genetik, dan tidak dapat membezakan antara virus hidup dan bahan serpihan virus mati. Memandangkan ini, ujian tidak dapat memberitahu sama ada seseorang itu:
a) telah dijangkiti virus atau
b) bermungkinan sakit akibat dijangkiti virus.
Jadi, sepanjang tahun 2020 dan sehingglah sekarang mengapa kita melihat begitu banyak panik? Jawapannya mudah. Minda orang ramai diasah - melalui media - untuk menyamakan ujian positif dengan "Saya sakit dengan sesuatu yang akan membunuh saya". Ini adalah, dan masih sehingga kini, pembohongan secara terang-terangan.
Rajah 11. Bilangan Kes berbanding Bilangan Ujian di Malaysia. Sumber: https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public
Terdapat perbezaan kualitatif antara 'kes positif' dan 'keputusan ujian positif'. Keputusan ujian positif bermakna bahawa serpihan RNA virus ditemui di lokasi badan dari mana sampel diambil. Orang yang diuji mungkin dijangkiti atau tidak, dan mungkin sakit atau mungkin tidak. Manakala kes positif perlu menunjukkan gejala klinikal COVID-19 serta menunjukkan keputusan ujian positif.
Apabila kita melihat data dalam Rajah 11 di atas, kita melihat sesuatu yang sepatutnya memeranjatkan kita semua. Adalah sangat jelas bahawa dengan lebih banyak ujian yang dilakukan, semakin banyak "kes" COVID-19 yang dikenal pasti. Ujian positif inilah yang dilaporkan setiap hari dan dipanggil "kes". Tabiat melabelkan keputusan ujian positif sebagai 'kes positif' adalah faktor utama yang menimbulkan panik di kalangan masyarakat!
Ada yang berpendapat bahawa lebih banyak ujian diperlukan untuk menemui semua orang yang dijangkiti, oleh itu adalah wajar untuk diperhatikan bahawa apabila lebih banyak ujian dilakukan, lebih banyak bilangan kes benar akan ditemui. Walau bagaimanapun, ini salah.
KKM menjalankan ujian besar-besaran kerana mempercayai bahawa jumlah ujian yang tidak mencukupi akan membawa kepada penemuan jangkitan baru yang tidak mencukupi. Matlamat ujian besar-besaran diadakan adalah untuk mencapai kadar yang terlampau tepu, supaya semua kes diyakini dapat dikesan.
Salah satu andaian asas SOP, sekatan dan pengesanan kontak melalui pengawasan digital adalah bahawa ujian itu dipercayai tepat dan cukup cepat untuk mengetahui jangkitan baru dalam populasi, berikutan dari itu langkah-langkah boleh diambil tepat pada masanya untuk menghentikan penyebaran virus.
Pada hakikatnya, ini tidak berlaku dan tidak dapat berlaku. Mengapa? Kadar ujian adalah lebih perlahan daripada kadar jangkitan disebabkan oleh jurang masa akibat proses pembuatan, pengedaran, dan tafsiran keputusan.
Oleh kerana kadar ujian adalah lebih perlahan daripada kadar penyebaran, langkah-langkah yang diperlukan tidak akan berlaku pada masa optimum yang disangkakan. Itulah sebabnya lockdown berdasarkan ujian tidak akan berfungsi kerana lockdown memerlukan kadar ujian besar-besaran yang lebih tinggi kelajuannya daripada kadar jangkitan, suatu sasaran yang tidak boleh menjadi kenyataan.
Hujah untuk ujian besar-besaran juga memerlukan kepastian bahawa kesemua 100% ujian yang dilakukan memberikan hasil yang tepat. Buktinya sangat jelas bahawa andaian ini tidak benar. Kedua-dua ujian yang digunakan - ujian RT-PCR dan RTK-Ag penuh dengan masalah. Mari kita lihat dahulu pada ujian PCR.
Ujian PCR mengambil sampel dan, melalui proses pemanasan dan annealing (menyambung semula helai DNA), bahan genetik yang diperolehi daripada sampel digandakan. Setiap dua kali ganda dipanggil kitaran. Selepas beberapa kitaran penggandaan telah berlaku, ujian dilakukan untuk cuba mengenal pasti kehadiran corak RNA tertentu dalam sejumlah besar bahan genetik yang telah dicipta oleh proses penggandaan. Kita mesti faham bahawa proses ini hanya mengenal pasti kehadiran urutan RNA tertentu - ia tidak menguji penyakit yang dinamakan COVID-19.
Yang pentingnya adalah hakikat bahawa urutan RNA yang dikenal pasti dalam proses ujian PCR boleh datang sama ada dari virus hidup atau dari serpihan virus mati, dan sama ada ujian itu mengenalpasti virus hidup atau serpihan virus mati bergantung kepada bilangan kitaran berganda yang dilakukan.
Dalam graf berikut (Rajah 12) kita melihat bahawa semakin tinggi bilangan kitaran yang digunakan di luar 20 kitaran optimum, semakin rendah kebarangkalian bahan sampel itu boleh digunakan dengan jayanya untuk menkultur virus hidup.
Walaupun dengan 25 kitaran amplifikasi, 70% ujian PCR positif bukanlah kes klinikal, iaitu virus yang diambil dengan swab hidung atau air liur tekak tidak dapat dikulturkan dan mungkin sudah mati.
Dengan 35 kitaran amplifikasi, 97% daripada ujian positif adalah bukan klinikal (iaitu mereka adalah positif palsu)
Rajah 12.. Ambang Kitaran dan Virus Hidup
Sumber: https://academic.oup.com/cid/article/72/11/e921/5912603
Virus mati yang tidak dapat direplikasi tidak boleh menjangkiti seseorang. Oleh itu, apa-apa ujian yang kebanyakannya mengambil bahan virus mati tidak boleh dilihat sebagai penunjuk sah jangkitan semasa oleh virus. Sejak 2020, negara-negara di seluruh dunia telah menggunakan nilai CT (ambang kitaran) untuk ujian PCR dari 35 hingga 45 kitaran yang bermaksud bahawa hampir semua keputusan ujian akan menjadi positif palsu.
RTK-Ag juga mempunyai peratusan positif palsu dan negatif palsu yang tinggi apabila digunakan secara besar-besaran. Produk-produk kit ujian RTK-Ag yang terdapat di pasaran amat berbeza-beza dari segi kekhususan dan kepekaan. Ia tidak boleh digunakan sebagai kaedah ujian yang bermakna.
Ujian yang bermasalah yang membawa kepada tafsiran yang salah oleh orang ramai mendorong hanya satu perkara: panik. Dan, sekatan yang dikenakan ke atas orang tanpa gejala yang telah diuji positif menggunakan sama ada RTK-Ag atau PCR tidak ada makna. Keseluruhan proses ujian dan kuarantin dengan penggunaan “ujian yang tidak sesuai dengan tujuan” membawa kepada kerosakan ekonomi, sosial dan psikologi yang besar, ia juga sedikit atau tiada manfaat dari segi pengawalan pandemik - sekiranya ada pandemik yang perlu dikawal.
4. Bukti Ralat Data dalam Pelaporan Awam dan Penerangan KKM
COVIDNOW telah menjadi saluran utama di mana KKM menyampaikan statistik COVID-19 kepada orang ramai. Seseorang akan berharap bahawa maklumat yang dibentangkan melalui saluran ini adalah tepat dan jujur. Malangnya, terdapat kesilapan yang ketara dalam maklumat yang dilaporkan melalui COVIDNOW, yang kemudiannya diambil oleh media dan tersebar luas di seluruh masyarakat.
Satu carta dalam COVIDNOW, "Kes bagi setiap 100K Orang mengikut Status Vaksinasi", menunjukkan kadar jangkitan 3.8 kali hingga 7.5 kali lebih tinggi daripada nilai yang dikira menggunakan data Kementerian Kesihatan Malaysia di GitHub. Di samping itu, carta itu juga menunjukkan bahawa orang yang tidak divaksinasi dijangkiti pada kadar yang lebih tinggi daripada orang yang divaksinasi. Data GitHub KKM menunjukkan sebaliknya.
Figure 12. Cases for Vaccinated and Unvaccinated in COVIDNOW
Sumber: https://covidnow.moh.gov.my/cases
Dari nombor-nombor ini, ia kelihatan seperti benar bahawa kes-kes berlaku dalam mereka yang tidak divaksinasi pada kadar yang lebih tinggi daripada yang divaksin. Walau bagaimanapun, apabila menggunakan data mentah dari repositori GitHub yang disediakan oleh KKM, gambaran yang jauh sekali berbeza muncul. Anda dapat melihat dari jadual di bawah dua perkara penting:
(1) Kes bagi setiap 100K orang jauh lebih rendah, untuk semua kategori, berbanding jumlah yang dilaporkan oleh KKM dalam COVIDNOW.
(2) Kedua, dan dengan ketaranya, bilangan kes setiap 100K orang untuk yang tidak divaksinasi adalah lebih kurang sama seperti yang tidak lengkap vaksinasi atau yang diberi penggalak, tetapi LEBIH RENDAH daripada orang yang divaksinasi sepenuhnya.
Jadual 3. Pembetulan kepada Pengiraan oleh KKM untuk Bilangan Kes dalam 100K Populasi, 2022-02-20
(Jadual ini menggunakan nombor populasi yang mencerminkan hari selepas vaksinasi yang diperlukan untuk mencapai status baharu)
Sumber:
[1] https://covidnow.moh.gov.my/
Date: 2022-02-21
[2] https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public/blob/main/static/population.csv
[3]https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public/blob/main/epidemic/cases_malaysia.csv
[4]https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public/blob/main/vaccination/vax_malaysia.csv
Date: 2022-02-20
Nombor-nombor ini, yang diperolehi terus dari KKM GitHub, menampakkan pembohongan pada kenyataan awam oleh KP Kesihatan dan pegawai-pegawai lain.
Sebagai contoh, pada 22 Februari 2022 Dr. Noor Hisham menyatakan secara terbuka bahawa mereka yang sakit parah dengan COVID-19 yang tidak divaksinasi lebih berisiko mati daripada orang yang diberi vaksin.
Daripada nombor-nombor di atas (dalam jalur biru), yang semuanya diambil dari KKM GitHub dengan statistik berkaitan COVID-19, jelas bahawa kenyataan Dr. Hisham tidak kelihatan berdasarkan data.
Nota: Penyelidik yang membuat jadual di atas memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan mengenai percanggahan ini di akaun Twitter mereka dan meminta penjelasan tetapi tidak menerima jawapan. Sebarang maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan perlu diperbetulkan untuk memastikan orang ramai mempunyai pemahaman yang betul mengenai kes dan status vaksinasi. Di samping itu, penjelasan adalah penting untuk mengelakkan stigmatisasi yang tidak adil terhadap orang dewasa yang tidak divaksinasi. Jika angka - angka yang telah kami kira terbukti salah, kami dengan senang hati akan membuat pembetulan yang diperlukan.
Satu lagi contoh di mana KKM menerbitkan statistik yang mengelirukan di media sosial adalah seperti berikut.
Pada 18 Ogos 2021, Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, menerbitkan catatan yang mengatakan bahawa terdapat 4 kematian yang divaksin sepenuhnya dan 80 kematian yang separa vaksin daripada 12,993 (
Pada masa itu, data belum tersedia kepada orang ramai.
Apabila data tersedia dua minggu kemudian pada 4 September 2021, ini adalah nombor sebenar:
Kematian dari 24 Februari 2021 sehingga 17 Ogos 2021:
Definisi:
Vaksinasi penuh: 2 dos > 14 hari
Separa vaksinasi: 1 dos + 2 dos ≤ 14 hari
Sumber:
Linelist_deaths database, version 4 Sept 2021
https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public/blob/main/epidemic/linelist/linelist_deaths.csv
Kematian yang divaksinasi merangkumi 26% daripada semua kematian dalam tempoh ini. Ini lebih daripada 40 kali lebih tinggi daripada apa yang dikatakan oleh Hisham (0.6%). Beliau menerbitkan statistik yang mengelirukan orang ramai.
5. Kematian DENGAN COVID Berbanding Kematian DISEBABKAN COVID
Satu lagi isu yang perlu diambil kira ialah metodologi di mana kematian COVID-19 dikira. Peraturan untuk melaporkan kematian COVID-19 (yang dipanggil Garis Panduan WHO) menyatakan bahawa kematian oleh apa-apa sebab harus dilaporkan sebagai kematian COVID-19 jika DISYAKI COVID-19. Borang melaporkan kematian yang disyorkan untuk COVID-19 dari WHO disusun sedemikian rupa sehingga, jika COVID-19 ditulis pada borang walaupun terdapat faktor lain, maka COVID-19 mesti disenaraikan sebagai penyebab kematian.
Garis panduan WHO menyatakan: “… dalam kes COVID-19 yang berkemungkinan atau yang disahkan ….. Kematian akibat COVID-19 mungkin tidak disebabkan oleh penyakit lain (contohnya kanser).”
Garis panduan WHO untuk melaporkan kematian yang melibatkan COVID-19 boleh didapatkan di sini: https://www.who.int/classifications/icd/Guidelines_Cause_of_Death_COVID-19.pdf?ua=1
Ini bermakna, pada hakikatnya, orang tua yang mempunyai penyakit serius yang meninggal dunia pada usia 60 atau lebih, kemungkinan besar akan dinyatakan sebagai kematian COVID-19 walaupun mereka meninggal dunia atas sebab yang lain. Disebabkan mekanisme inilah jumlah kematian "kerana" COVID-19 telah meningkat di seluruh dunia.
6. Pelan Persediaan Pandemik WHO
Sehingga 2019, WHO mempunyai pelan persediaan pandemik penuh. Negara-negara anggota boleh merujuk kepada ini dan menggunakan pelan sekiranya berlaku wabak pandemik. Dalam dokumen itu WHO sebenarnya tidak mengesyorkan:
(1) Pematuhan pemakaian topeng muka;
(2) Penutupan (lockdown) seluruh negara;
(3) Vaksinasi besar-besaran di tengah-tengah wabak
Atas sebab tertentu, Malaysia, dan kerajaan-kerajaan lain di seluruh dunia telah meneruskan untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang telah disyorkan sebelum ini dalam rancangan persediaan ini. Anda boleh melihat dokumen yang berkaitan di sini:
https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/329438/9789241516839-eng.pdf
KESIMPULAN KEPADA BAHAGIAN 2.
Sama ada atau tidak terdapat pandemik kematian di Malaysia bermula pertengahan tahun 2021 tidak menjadi persoalan, kerana kita telah melihat lonjakan besar dalam kematian bermula sekitar tahun itu. Persoalan yang masih ada, tentu saja, adalah sama ada virus SARS-CoV-2 adalah penyebab kematian 2021 ini, atau sama ada 18 bulan lockdown, kerugian ekonomi, tekanan psikologi dan campur tangan perubatan eksperimen memainkan peranan.
Apa yang sangat jelas ialah dalam tahun 2020 tidak ada bukti pandemik kematian, dan pada masa yang sama terdapat bukti jelas adanya panik sosial yang didorong oleh keputusan ujian positif yang diperolehi dari ujian yang diketahui mempunyai jumlah positif palsu yang sangat tinggi.
Dari bukti yang kita ada sekarang, sangat jelas bahawa pelan tindakan untuk menamatkan pandemik di Malaysia pada tahun 2020 telah diambil ke atas suatu suasana khayalan, bukan sesuatu yang nyata..
Berdasarkan bukti ini, proses membuat keputusan yang membawa kepada lockdown, mandat topeng muka, dan paksaan untuk memaksa orang mengambil campur tangan perubatan yang baru dan belum diuji iaitu vaksin mesti dikaji semula secara serius.
Bahagian 3. Kini Masa untuk Menilai Vaksin COVID-19
Sejak awal pandemik yang mungkin tidak pernah ada ini, telah wujudnya usaha global yang hebat untuk penggunaan vaksin baru bagi menyelesaikan masalah yang dipanggil pandemik COVID-19. Atas sebab tertentu setiap bahagian pelaburan dan perhatian yang ada diletakkan pada vaksin baru yang dibangunkan pada "kelajuan warp". Untuk memastikan bahawa vaksin baru ini dapat dibawa ke pasaran, Kebenaran Penggunaan Kecemasan diberikan - di peringkat global, dan di Malaysia.
Pada masa yang sama, rawatan alternatif menggunakan ubat-ubatan yang sedia ada dan murah telah sama ada diabaikan atau ditutup secara aktif oleh kerajaan, pihak berkuasa perubatan, dan media massa di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali. Ada tanda tanya penting mengapa hal ini mungkin terjadi yang perlu ditangani. Cukuplah untuk mengatakan bahawa Kebenaran Penggunaan Kecemasan untuk vaksin COVID-19 yang baru hanya boleh diberikan jika tidak ada rawatan alternatif lain yang tersedia.
Untuk tujuan kertas ini, kita akan mengabaikan persoalan rawatan alternatif, dan hanya memberi tumpuan kepada usaha menilai vaksin COVID-19 berdasarkan data yang ada sekarang. Lagipun, vaksin COVID-19 telah ada "di pasaran" selama satu tahun sekarang.
1. Suatu Konsep Penting — Pengurangan Risiko Mutlak berbanding Pengurangan Risiko Relatif
Sebelum Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) diberikan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) kepada Pfizer untuk "vaksin" mRNA baru mereka, syarikat itu mendakwa bahawa vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 memberikan pengurangan risiko relatif 95%. Berdasarkan pelbagai kajian yang telah dilakukan, keberkesanan vaksin COVID-19 lain di pasaran (dilaporkan sebagai pengurangan risiko relatif) adalah 94% untuk vaksin Moderna-NIH, 90% untuk Gamaleya, 67% untuk J&J, dan 67% untuk vaksin AstraZeneca-Oxford.2
Dengan cepatnya maklumat ini dijadikan sebagai modal oleh media massa, dengan mencanang 95% keberkesanan untuk Pfizer-BioNTech, 94% untuk Moderna, dan lain-lain. Infomasi sebegini kedengaran seperti sangat mengagumkan. Seolah-olah seperti seseorang dilindungi 94% atau 95% dalam suatu masa. Walau bagaimanapun, seperti banyak perkara dalam sains, lain pula nampaknya apabila butirannya diperhalusi.
Apa yang kebanyakan orang tidak faham adalah bahawa nombor keberkesanan yang dilaporkan adalah untuk Pengurangan Risiko Relatif. Ini ditakrifkan sebagai: "nisbah kadar serangan dengan dan tanpa vaksin". Apakah kadar serangan? Ia hanyalah merujuk kepada peratusan sekumpulan orang yang dijangkiti virus.
Dalam ujian klinikal Pfizer, 18,198 orang diberi vaksin dan hanya 8 yang mengalami COVID-19. Itu kadar serangan 0.04%. Terdapat 18,325 orang dalam kumpulan yang tidak divaksinasi, dan daripada jumlah itu hanya 162 orang dijangkiti COVID-19, yang merupakan kadar serangan sebanyak 0.88%. Perbezaan ini kemudiannya digunakan untuk mengira Pengurangan Risiko Relatif 95%3 (kadar serangan 0.88% menurun kepada 0.04% kadar serangan).
Masalahnya dengan Pengurangan Risiko Relatif adalah bahawa ia tidak memberitahu berapa banyak risiko keseluruhan anda yang dikurangkan oleh vaksinasi. Untuk mengetahuinya kita perlu menggunakan nilai Pengurangan Risiko Mutlak.
Dalam contoh di atas untuk Pfizer BioNTech, 0.04% daripada kumpulan yang divaksin dijangkiti COVID-19 dan 0.88% daripada kumpulan yang tidak divaksinasi dijangkiti COVID-19. Seperti yang anda lihat, risiko jangkitan COVID-19 untuk kumpulan yang tidak divaksinasi sudah sangat rendah, kurang daripada 1%. Oleh itu, Pengurangan Risiko Mutlak hanya 0.84% (daripada risiko 0.88% hingga 0.04%).
Seperti mana pengarang: "COVID-19 vaccine efficacy and effectiveness—the elephant (not) in the room" menulis: "ARR (Pengurangan Risiko Mutlak) cenderung diabaikan kerana ianya memberikan saiz kesan yang amat kurang mengagumkan berbanding RRR (Pengurangan Risiko Relatif): 1·3% untuk AstraZeneca-Oxford, 1·2% untuk Moderna-NIH, 1·2% untuk J&J, 0·93% untuk Gamaleya, dan 0·84% untuk vaksin Pfizer-BioNTech.”
Kita dapat melihat dengan jelasnya di dalam jadual berikut:
Jadual 4. Perbandingan antara PRR dan PRM untuk Vaksin Berbeza
Sumber: https://www.thelancet.com/journals/lanmic/article/PIIS2666-5247(21)00069-0/fulltext
Bagaimana pula dengan Vaksin Sinovac keluaran negara China? Menurut WHO:
“Ujian fasa 3 yang besar di Brazil menunjukkan bahawa dua dos (Sinovac), yang diberikan selang 14 hari, mempunyai 51% keberkesanan terhadap jangkitan SARS-CoV-2 gejala, 100% terhadap COVID-19 yang teruk, dan 100% terhadap kemasukan ke hospital bermula 14 hari selepas menerima dos kedua.”
Walaupun tidak dinyatakan pada dokumentasi WHO, nombor-nombor ini adalah Nombor Pengurangan Risiko Relatif, berbanding dengan Nombor Pengurangan Risiko Mutlak. Setakat penulisan ini kita tidak dapat menilai nombor Pengurangan Risiko Mutlak untuk Sinovac.
Perkara asas yang perlu kita fahami ialah PRR harus dilihat dibandingkan dengan risiko latar belakang dijangkiti dan jatuh sakit dengan COVID-19. Ini berbeza dari masa ke masa, dengan populasi yang berbeza. Tetapi, dengan jelas, soalan ini perlu kita tanya: jika Pengurangan Risiko Mutlak hanya 1 atau 2 peratus, bolehkah kita benar-benar mengatakan bahawa terdapat keperluan yang sangat jelas dan nyata bagi semua orang dalam populasi untuk mendapatkan vaksin?
2. Keberkesanan Vaksin-vaksin COVID-19 Dari Rendah ke Negatif
Sepanjang 18 bulan yang lalu, rakyat Malaysia telah diberitahu berulang kali bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat dan berkesan. Seperti di seluruh dunia, mereka telah disuapkan dengan mesej bahawa vaksin COVID-19 (contohnya Pfizer BioNTech) mengurangkan jangkitan dan kematian sebanyak 95%. Adalah penting untuk memahami bahawa ini merujuk kepada PRR, bukan PRM. Kita harus ingat bahawa PRR hanya membandingkan perubahan relatif tidak kiralah betapa kecilnya.
Oleh yang demikian, kini dengan ada banyaknya data dunia sebenar dalam tempoh berbulan-bulan lamanya, bagaimanakah pelbagai vaksin yang digunakan di Malaysia dapat diketahui dari sudut RRR atau ARR? Apabila kita menganalisa data sumber terbuka pada repositori GitHub KKM, kita mendapati bahawa Pengurangan Risiko Relatif yang dijanjikan sebenarnya tidak bertahan setelah suatu tempoh masa berlalu.
Rajah 13. Pengurangan Risiko Relatif daripada Vaksin COVID-19 di Malaysia. Sumber Data: KKM GitHub Repository
Apabila kita menganalisa data sumber terbuka daripada repositori GitHub KKM, sangat jelas bahawa perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 (seperti yang diukur oleh ujian PCR/RTK-Ag) jatuh dalam beberapa bulan. Yang penting, untuk mereka yang lengkap vaksinasi dan separa vaksinasi, selepas beberapa bulan nilai PRR masuk ke wilayah negatif, yang membawa maksud seseorang LEBIH cenderung dijangkiti COVID-19 daripada seseorang yang tidak divaksinasi.
Berbeza dengan vaksin, imuniti semula jadi terhadap COVID-19 adalah kuat, lengkap dan tahan lama. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang imuniti semula jadi terhadap COVID-19 di pautan ini: https://brownstone.org/articles/natural-immunity-and-covid-19-twenty-nine-scientific-studies-to-share-with-employers-health-officials-and-politicians/amp/
Memandangkan pentingnya imuniti semula jadi, seperti juga perihal rawatan alternatif yang murah dan berkesan, terdapat persoalan yang masih belum terjawab tentang mengapa tiada langsung disebut perihal imuniti semula jadi dalam keseluruhan perdebatan COVID-19 di arus perdana? Memandangkan kerosakan yang dilakukan kepada masyarakat sejak dua tahun yang lalu oleh langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menghentikan apa yang dipercayai sebagai pandemik ini, persoalan ini juga mesti ditangani dengan serius.
Dalam Rajah 13 di atas kita melihat penurunan PRR untuk vaksin COVID-19 dari masa ke masa. Penurunan dari masa ke masa jelas menunjukkan terdapat masalah dengan keberkesanan vaksin COVID-19. Apabila kita melihat PRM, bagaimanapun, keadaan akan kelihatan lebih menyedihkan.
Rajah 14. PRM daripada Vaksin COVID-19 di Malaysia Sumber Data: KKM GitHub Repository.
Seperti graf PRR, kita melihat bahawa PRM jatuh ke bawah sifar selepas beberapa bulan. Yang lebih penting, bagaimanapun, adalah bahawa peratusan TERBAIK pengurangan risiko mutlak untuk orang yang divaksin sepenuhnya kurang daripada 0.04%. Berdasarkan angka tersebut, jelas sangat bahawa terdapat hanya sedikit manfaat bermakna bagi seseorang untuk menerima suntikan COVID-19.
Untuk menjelaskannya dengan mudah, data memberitahu kita bahawa vaksin mempunyai keberkesanan bermakna yang sangat rendah dalam jangka pendek, dan apabila suatu tempoh masa berlalu, ianya kelihatan seperti mula merosakkan sistem imun penerima menjadikan mereka LEBIH terdedah kepada penyakit berbanding dengan sekiranya mereka ini tidak disuntik langsung.
3. Tiada Manfaat Bersih Daripada Vaksinasi COVID-19
Melihat data ini dengan cara lain, kita mendapati hanya sedikit perbezaan pada kadar jangkitan bagi orang yang belum divaksinasi, berbanding dengan orang yang divaksinasi dengan status vaksinasi yang berbeza. Rajah 15 (di bawah) menunjukkan betapa hampir sepadannya lengkung graf yang mewakili kadar jangkitan kedua-dua mereka yang divaksinasi dan tidak divaksinasi, mencadangkan bahawa manfaat daripada vaksin amatlah terhad.
Rajah 15. Kadar Jangkitan menurut Status Vaksinasi. Sumber Data: KKM Github Repository.
Rajah 16. Kadar Kes Kematian menurut Status Vaksinasi. Sumber Data: KKM GitHub Repository.
Melihat kepada kadar kematian kes untuk status vaksinasi yang berbeza (Rajah 16 di muka surat sebelum ini) kita melihat bahawa bilangan dos yang diterima mempengaruhi, walaupun minimal, kebarangkalian untuk mati bersama COVID-19. Perkara-perkara khusus yang perlu diketahui adalah:
(1) Diperhatikan bahawa mereka yang tidak divaksinasi secara amnya mempunyai kadar kematian yang lebih rendah setelah mendapat jangkitan COVID-19 bergejala berbanding mereka yang diberi SATU dos;
(2) Walaupun mereka yang divaksin sepenuhnya menunjukkan kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak divaksin, yang ganjilnya ialah seseorang itu perlu melalui tempoh "separa vaksinasi", iaitu tempoh yang berisiko tinggi, untuk mencapai tahap risiko yang lebih rendah;
(3) Dan tentulah, bila dilihat secara mutlak (iaitu PRM), manfaat divaksinasi sepenuhnya sangatlah kecil sehingga kebanyakan orang menganggapnya tidak berbaloi.
Hakikat di mana seseorang itu perlu terlebih dahulu melalui tempoh risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan pengurangan risiko mutlak yang kecil bermakna apabila pengiraan risiko dibuat bagi individu, secara amnya memberi kesimpulan bahawa vaksin COVID-19 tidak diperlukan.
Yang pentingnya, sekarang ini terdapat bukti bahawa setiap bulan, mereka yang divaksin lebih sakit berbanding yang tidak divaksin. Data dari 2.9 juta orang menunjukkan bahawa mereka yang divaksin adalah 37% lebih bergejala daripada yang tidak divaksin, menunjukkan bahawa vaksin membuat keadaan menjadi lebih buruk, bukannya lebih baik.
Rajah 17. Status vaksinasi dan penyakit bergejala. Sumber Data: KKM GitHub Repository.
4. Situasi COVID-19 lebih buruk selepas Program Imunisasi COVID-19
Kita mulakan bahagian ini dengan melihat soalan yang telah dikemukakan di Parlimen pada lewat 2021, berkenaan kematian (berkaitan) COVID-19.
Rajah 18. Soal Jawab Parlimen berkenaan Kematian COVID-19 di Malaysia.
Dapat dilihat pada tahun 2020, sebelum adanya vaksin COVID-19, hanya terdapat 471 kematian yang dikategorikan sebagai berkaitan dengan COVID-19. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 9 bulan pertama 2021 (sehingga 3 Oktober 2021) terdapat 26,212 kematian berkaitan COVID di Malaysia. Jumlah kematian di Malaysia yang berkaitan dengan COVID-19 bagi tahun penuh pada tahun 2021 berjumlah kira-kira 30,000.
Ini bersamaan dengan 63x peningkatan kematian berkaitan COVID-19 di antara 2020 dan 2021.
Rajah 19. Kematian Melonjak Selepas Pelaksanaan Vaksinasi di Malaysia. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Lebih penting lagi, seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 2, kita lihat daripada statistik rasmi kerajaan Malaysia (Rajah 19 di atas) bahawa pada tahun 2020, Kematian Semua Sebab di Malaysia adalah LEBIH RENDAH daripada tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, pada suku ke-3 2021 Kematian semua sebab menunjukkan lonjakan besar, jauh lebih tinggi daripada purata 10 tahun.
Dalam dua carta berikutnya di bawah, kita dapat melihat jumlah kematian di Malaysia sebelum dan selepas PICK (iaitu, pelaksanaan program vaksin).
Jelasnya, sebelum pelancaran vaksin di Malaysia hampir semua orang yang meninggal dunia dengan (tidak semestinya dari) COVID-19 mempunyai komorbiditi (iaitu keadaan lain yang mengancam nyawa). Hanya sebilangan kecil orang yang meninggal dunia akibat COVID-19 sahaja. Ini mencerminkan situasi di serata dunia. Di Amerika Syarikat misalnya, menurut data CDC lebih 96% daripada kematian COVID-19 sebenarnya mempunyai banyak komorbiditi tetapi kematian itu direkodkan sebagai kematian COVID-19 berdasarkan arahan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan CDC.
Adalah penting untuk difahami dari carta ini bahawa sebelum pelancaran vaksinasi, SANGAT SEDIKIT orang di bawah umur 50 tahun meninggal dunia dengan penglibatan COVID-19. Ini menunjukkan bahawa tidak pernah ada ancaman serius kepada orang muda yang sihat, dan hanya mereka yang sudah tidak sihat dan usia yang semakin meningkat yang berada dalam bahaya serius dari COVID-19.
Rajah 20. Kematian COVID-19 dengan dan tanpa Komorbiditi Sebelum Pelaksanaan Vaksinasi
Walau bagaimanapun, selepas vaksin dilancarkan di Malaysia, keadaan berubah secara mendadak. Dalam carta di bawah kita melihat tiga perubahan ketara.
Rajah 21. Kematian COVID-19 dengan dan tanpa Komorbiditi Selepas Pelaksanaan Vaksinasi
(1) jumlah kematian meningkat berkali-kali ganda, dari ratusan hingga ribuan;
(2) ramai orang muda mula mati, dalam angka ribuan dan bukannya dalam angka satu digit;
(3) sebilangan besar orang dewasa yang lebih muda tanpa komorbiditi telah mati dalam jumlah yang besar.
Ini menunjukkan bahawa, paling baik pun, vaksin COVID-19 tidak melakukan apa-apapun untuk menghentikan pandemik kematian di Malaysia. Walau bagaimanapun, data ini menimbulkan satu lagi persoalan yang sangat penting. Apakah mungkin bahawa vaksin itu sendiri, atau sesuatu tentang proses vaksinasi, terlibat dalam peningkatan kematian? Walaupun varian juga mungkin memainkan peranan di sini, pakar telah memberi amaran bahawa vaksin “bocor” yang dilancarkan semasa pandemik mungkin menyebabkan kemunculan varian yang lebih merbahaya. Luc Montagnier, Dr. Robert Malone dan pakar antarabangsa lain telah memberi amaran tentang keseriusan bahaya seperti itu.
Sekiranya vaksin COVID-19 bukan sahaja lemah dalam keberkesanan jangka panjang, tetapi juga terlibat dalam menyebabkan kematian di atas dan di luar apa yang mungkin berlaku dari penyakit COVID-19 itu sendiri, maka kita mempunyai masalah utama.
5. Vaksin COVID-19 Menunjukkan Korelasi dengan Kes dan Kematian
Adakah mungkin bahawa program vaksinasi besar-besaran itu sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bertanggungjawab atas peningkatan besar-besaran dalam kematian yang kita lihat? Bukti dalam rekod awam sangat menunjukkan bahawa ia ada kemungkinan.
Dari carta berikut (Rajah 22) kita dapat melihat fenomena yang sangat menarik. Sebelum vaksin COVID-19 dilancarkan, kebarangkalian kematian bagi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang berkaitan dengan COVID-19 sangat rendah. Walau bagaimanapun, selepas pelaksanaan vaksin, orang dewasa yang tidak divaksinasi khususnya berhadapan dengan risiko kematian berkaitan dengan COVID-19 yang lebih tinggi.
Rajah 22. Kadar Kematian mengikut Kumpulan Umur dan Status Vaksinasi. Sumber Data: KKM GitHub Repository.
Ini sudah tentu mungkin juga disebabkan oleh varian, seperti Delta, tetapi persoalannya juga perlu ditanya - adakah vaksin itu sendiri memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran yang lebih berbahaya untuk semua orang - termasuk orang yang tidak divaksinasi?
Carta berikut (Rajah 23) melihat kadar kematian kes sepanjang masa di Malaysia (iaitu, sejak awal 2020). Jelasnya, sebelum vaksin dikeluarkan, kadar kematian kes hanya 0.44%. Oleh kerana kita ketahui dari data lain bahawa hampir semua kematian berlaku pada orang tua, ini adalah jumlah yang rendah secara keseluruhan. Kita juga dapat melihat bahawa, selepas program vaksinasi dilancarkan kadar kematian kes yang dikaitkan dengan COVID-19 meningkat secara keseluruhan, bahkan juga mempengaruhi mereka yang tidak divaksinasi.
Rajah 23. Kadar Kes Kematian dan Status Vaksinasi. Sumber Data: KKM GitHub Repository.
Graf dalam Rajah 23 telah dijana daripada nombor-nombor dalam jadual berikut, seperti yang telah dikemas kini dari repositori KKM GitHub pada 26 Februari 2022.
Jadual 5.. Kadar Kes Kematian menurut Angka Status Vaksinasi. Sumber Data: KKM GitHub Repository
Apabila kita melihat carta seterusnya, kita melihat bahawa jumlah kes COVID-19 yang dikenal pasti di Malaysia mengikuti rapat bilangan vaksin yang diberikan. Kadar jangkitan orang dewasa (garis ungu muda) mengikuti dengan sangat rapat dos vaksin 1 + 2. Kadar jangkitan untuk warga emas juga meningkat dengan mengikuti rapat, tetapi pada kadar yang lebih rendah.
Dalam carta di muka surat 31 (Rajah 25) kita melihat corak yang sama, tetapi kali ini pada kematian dan bukannya kes. Seperti angka kes, kita melihat bahawa angka kematian mengikuti angka kiraan dos harian, dengan lengkung carta yang hampir sama. Apa yang penting untuk diperhatikan ialah lengkung carta untuk vaksinasi MENDAHULUI lengkung carta kes dan kematian dengan tempoh masa yang konsisten. Ini menunjukkan penyebabnya.
Ini menunjukkan dengan sangat jelas bahawa terdapat hubungan antara vaksin dan bilangan kes dan bahawa vaksin, atau proses vaksinasi, mungkin dengan apa-apa cara menyebabkan bilangan kes meningkat. Satu hipotesis adalah bahawa orang-orang yang divaksinasi dijangkiti di PPV dan membawanya pulang ke rumah yang tidak divaksinasi. Pejabat dan pusat membeli-belah ditutup, jadi tempat yang paling mungkin di mana beribu-ribu orang dijangkiti setiap hari adalah satu-satunya perhimpunan besar di bandar - di PPV mega. Rajah 26 di bawah memperincikan bagaimana ia mungkin berlaku.
Melihat carta ini kita dapat melihat bahawa kes-kes meningkat selari dengan dos vaksin yang diberikan. Negara ini “dikunci” selepas Hari Raya, tetapi kes mula meningkat secara menegak walaupun semasa lockdown apabila PPV yang lebih kecil ditutup dan semua berpindah ke PPV mega. Delta yang baru sahaja bermula dan sangat berjangkit, telah tersebar di perhimpunan besar di PPV dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC: Covid Assessment Centre).
Rajah 26. Peranan PPV dalam Mendorong Pandemik. Sumber Data: KKM GitHub Repository.
Bilangan kes mula menurun sebagaimana cepatnya ia menaik, dengan penutupan PPV mega. Pada pertengahan September, vaksinasi untuk remaja bermula. Ia diberikan di sekolah mereka, dan ia tidak menyebabkan peningkatan kes. Ini menunjukkan bahawa perhimpunan besar di PPV mega kemungkinan besar menyebabkan peningkatan kes secara menegak, sementara pusat yang lebih kecil tidak menyebabkan masalah tersebut.
Dalam Rajah 27 (di bawah) kita dapat melihat dengan jelas peranan yang mungkin dimainkan oleh PPV mega. Kes pertama Omicron dikesan pada 2 Disember 2021, tetapi tidak ada peningkatan kes, walaupun dengan kes import berikutnya. Malahan, kes harian terus menurun, sehinggalah 15 Januari 2022, apabila empat PPR mega dibuka di Kuala Lumpur.
Rajah 27. Kes Harian dan Dos Vaksin Kumulatif. Sumber Data: KKM GitHub Repository.
Dalam masa 5 hari selepas pembukaan PPV mega, pada 20 Januari 2022, kes mula meningkat.
Soalan ini mesti diajukan. Memandangkan orang ramai dilarang mengadakan perhimpunan besar untuk menjalani kehidupan normal, mengapa KKM dibenarkan membuat perhimpunan besar sambil memberitahu orang ramai untuk mengelakkan perhimpunan besar, walaupun mengetahui bahawa Omicron sangat berjangkit?
Negara ini elok sahaja dengan PPV yang lebih kecil, dan penggabungan banyak pusat menjadi satu pusat besar tanpa peningkatan dalam bilangan dos vaksin yang diberikan membazirkan wang. Dan, ia jelas mendorong jangkitan. Kita dapat lihat dengan jelas peningkatan itu bermula 2 minggu sebelum Tahun Baru Cina. Selepas Tahun Baru Cina, kes meningkat secara menegak lagi.
Carta seterusnya (Rajah 28, muka surat 34) menunjukkan dos vaksin kumulatif dan jumlah kumulatif kes. Hubungan keduanya di sini tidak dapat disangkal. Terdapat korelasi yang hampir sempurna antara dos vaksin yang diberikan dan kes kumulatif yang dikenal pasti.
Sama ada ini adalah lebih banyak bukti bahawa vaksin entah bagaimana boleh menyebabkan peningkatan kes, ataupun suatu aspek di mana keseluruhan program yang dianjurkan telah menghasilkan keadaan yang menarik perhatian.
6. Adakah Vaksin COVID-19 Sebenarnya Merbahaya?
Sejak bermulanya pelancaran vaksin COVID-19 di Malaysia, rakyat telah diberitahu setiap hari bahawa suntikan eksperimen yang baharu itu adalah selamat. Media telah melaporkan secara meluas dakwaan daripada Kementerian Kesihatan bahawa tiada kematian atau kecederaan akibat vaksin COVID-19, sama ada di Malaysia atau di peringkat global.
Baru-baru ini ianya berubah. Berikutan beberapa kes AEFI berprofil tinggi (Adverse Events Following Immunisation), Kementerian Kesihatan kini mula memberitahu rakyat bahawa terdapat beberapa risiko dalam proses imunisasi COVID-19.
Nampaknya terdapat lebih banyak bahaya daripada vaksin COVID-19 daripada yang dimaklumkan kepada rakyat sebelum ini.
Kami tidak akan pergi terlalu mendalam ke dalam isu berapa banyak bilangan kecederaan vaksin yang mungkin berlaku, selain untuk membawa perhatian pembaca kepada tiga keping maklumat utama.
Figure 29. VAERS Death Spike Post COVID-19 Vaccines Source: https://openvaers.com/covid-data
Pertama, dalam Sistem Pelaporan Kejadian Buruk Vaksin Amerika Syarikat (VAERS) kita dapat melihat peningkatan besar-besaran dalam kematian yang berkaitan dengan vaksin COVID-19. Rajah 29 (di atas) menunjukkan lonjakan kematian berikutan pelaksanaan vaksinasi COVID-19 iaitu 1000 hingga 2000 kali lebih tinggi daripada semua laporan kejadian buruk bagi semua vaksin lain dalam tempoh lebih daripada 20 tahun.
Kita diberitahu bahawa tiada kecederaan vaksin di Malaysia. Melihat pada data antarabangsa, ini sukar untuk diterima dengan minda yang terbuka.
Kedua, saham Moderna (dan Pfizer) telah mula jatuh kerana orang dalaman menjual pegangan mereka. Moderna adalah salah satu pengeluar vaksin mRNA baru.
Rajah 30. Penurunan Harga Saham Moderna. Sumber: https://www.forbes.com/sites/jonathanponciano/2022/02/14/moderna-stock-crash-losses-top-140-billion-as-insiders-sell-millions-of-dollars-in-shares
Setiap kali ada orang dalaman syarikat yang mula bertindak sedemikian, seseorang tentulah menganggap bahawa terdapat masalah besar yang semestinya akan diketahui awam tidak lama lagi.
Ketiga, masalah yang berkaitan dengan vaksinasi mula muncul dalam data syarikat insurans. Sebuah syarikat insurans kesihatan Jerman yang besar - BKK Pro Vita - menganalisa data daripada 10.9 juta individu berinsuran yang mengalami komplikasi vaksinasi. Salah seorang ahli lembaga pengarah di BKK dilaporkan telah menyatakan bahawa data itu “memeranjatkan".
Syarikat itu berpendapat bahawa kesan sampingan vaksin COVID "terlalu" kurang dilaporkan. Syarikat itu berkata analisanya mendedahkan "isyarat penggera penting" dan berkata "risiko kepada kehidupan manusia tidak boleh diketepikan.”
Sumber:
dan https://childrenshealthdefense.org/defender/covid-vaccine-injuries-german-health-insurer/
Ia masih awal, tetapi jika terdapat masalah kesihatan utama yang disebabkan oleh vaksin mRNA baru - hipotesis yang kelihatannya sangat mungkin berdasarkan laporan VAERS dan sistem amaran awal lain seperti Sistem Kad Kuning United Kingdom - maka kita harus menjangka untuk melihat peningkatan besar dalam tuntutan yang tiba di pejabat syarikat-syarikat insurans pada masa akan datang.
Akhirnya, kerana media arus perdana telah enggan untuk menerbitkan kebanyakan fakta benar tentang pandemik COVID-19 dan vaksinasi, kebanyakan orang tidak menyedari bahawa - misalnya - kajian kawalan rawak Pfizer sendiri tidak membuktikan keselamatan, ia menunjukkan MUDARAT. Maklumat ini terhasil daripada FOIA (Permintaan Kebebasan Maklumat) yang dikuatkuasakan oleh mahkamah di Amerika Syarikat.
Rajah 31. Kajian Pfizer menunjukkan MUDARAT
Sumber: https://www.canadiancovidcarealliance.org/wp-content/uploads/2021/12/The-COVID-19-Inoculations-More-Harm-Than-Good-REV-Dec-16-2021.pdf
Seperti yang dijelaskan oleh penulis laporan ini, "Tidak ada manfaat dalam pengurangan kes sekiranya ia datang bersama peningkatan penyakit dan kematian.”
Ini mungkin menjelaskan mengapa FDA dan Pfizer telah berjuang habis-habisan di mahkamah untuk menghalang apa-apa data berkenaan kedua-dua kajian kawalan dan penyelidikan selepas pemasaran, untuk didedahkan kepada orang ramai selama 75 tahun. Kenapa begitu? Apa yang mereka cuba sembunyikan?
KESIMPULAN KEPADA BAHAGIAN 3.
Dalam bahagian 3 kami mengenal pasti apa yang kelihatan seperti “gajah di dalam bilik” (elephant in the room). Ini adalah masalah utama yang tiada siapa ingin membicarakan. Dari data yang dibentangkan, kita mempunyai gambaran yang sangat jelas bahawa vaksin COVID-19 tidak berkesan seperti yang diiklankan.
Kesimpulan yang perlu kita buat ialah vaksinasi di Malaysia tidak melakukan apa-apapun untuk menghentikan kematian yang berkaitan dengan COVID-19 di negara ini. Atas dasar itu sahaja program ini boleh dinilai sebagai suatu kegagalan yang amat nyata.
Di luar kegagalan itu, kini nampaknya vaksin itu sendiri, atau cara proses vaksinasi telah dianjurkan, atau kedua-duanya sekali bertanggungjawab dalam mewujudkan peningkatan kematian dan jangkitan COVID-19 yang sangat besar di Malaysia.
Memandangkan keberkesanan vaksin adalah minimum, dan kemungkinan besar proses vaksinasi itu sendiri menyebabkan masalah kesihatan, semua langkah yang dirangka untuk membuat orang divaksinasi, terutamanya semua langkah paksaan, harus dihentikan dengan segera.
ICACC – Independent Citizens Against COVID Corruption
Versi Substack:
Surat kepada Ahli Parlimen: