Surat Kepada Ahli Parlimen Malaysia Versi Pendek
Per: Langkah-langkah Menangani Covid-19 – Berjayakah ia? Perlukah ia?
Surat ini ditulis sebagai jawab balas kepada langkah-langkah kerajaan untuk menangani COVID-19 di Malaysia, dan sebelum perbahasan yang telah dirancang untuk membincangkan pindaan kepada Akta 342.
Situasi COVID-19 masih berterusan di Malaysia selama dua tahun. Selama 24 bulan terakhir, sebagai sebuah negara kita telah melakukan: -
Penutupan drakonian (lockdown) di seluruh negara.
Paksaan dan intimidasi yang hebat ke atas masyarakat dari pelbagai sektor untuk menerima vaksin eksperimental dan produk perubatan mRNA yang hanya diluluskan untuk kegunaan kecemasan tanpa persetujuan sepenuhnya oleh mereka sendiri atau penjaga mereka.
Kuarantin, topeng muka dan vaksin yang menelan belanja berbilion Ringgit, tanpa dialog atau perbincangan yang sihat dengan penduduk Malaysia, mengakibatkan kebocoran tabung kerajaan.
Sekatan ke atas persekolahan.
Sekatan dalam hal-hal makan, minum, bersosial, kecergasan, seni, budaya, amalan agama dan perayaan.
Kerosakan psikologi dan trauma kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Sekatan keluar masuk Malaysia, menjadikan perjalanan memasuki dan meninggalkan negara ini hampir mustahil bagi rakyatnya.
Penggunaan topeng muka yang diwajibkan dan hanya boleh dilihat sebagai campur tangan perubatan secara paksa.
Sekatan perniagaan yang lama di beberapa sektor sehingga terjejas teruk dan merasai kesan negatif.
Kemusnahan kewangan kepada perniagaan dan individu-individu di Malaysia.
Keadaan sebegini tidak dapat diterima lagi oleh kebanyakan penduduk Malaysia, termasuklah halangan ke atas orang yang tidak divaksinasi di mana, dengan segala niat dan tujuan, nampaknya direka untuk memaksa mereka menerima campur tangan perubatan yang masih dalam tempoh ujikaji.
Disebabkan situasi ini, setiap hari hampir semua orang di negara ini merasa tertekan, yang mana ianya amat memudaratkan kesihatan. Kecuali apabila kehidupan masyarakat dapat kembali normal (seperti pra-pandemik), sudah pastinya tidak lama lagi Malaysia akan melungkup dari segi ekonomi dan sosial.
Kami menerima yang anda mungkin percaya bahawa pihak kerajaan telah melakukan perkara yang betul, demi melindungi rakyat Malaysia. Melalui surat ini, kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa dalam segala kemungkinan, kepercayaan anda adalah salah sama sekali.
Pertama, anda perlu tahu bahawa kini terdapat sejumlah besar maklumat dan data yang diperolehi dari seluruh dunia yang menunjukkan bahawa keseluruhan perihal COVID-19, bersama dengan program vaksinasi yang dilancarkan secara global, adalah berdasarkan ketidakcekapan ataupun penipuan pada tahap tertinggi. Di seluruh dunia dokumen yang dikeluarkan melalui permintaan Kebebasan Maklumat, kes mahkamah aktif, keputusan mahkamah, dan siasatan polis dalam pelbagai bidang kuasa menyokong pandangan ini.
Sekiranya anda tidak menyedari maklumat ini, dan tidak menyedari penipuan yang pastinya sedang berlaku, ketahuilah bahawa melalui surat ini, anda kini sedang diberitahu. Dengan kesedaran ini, anda kini mempunyai peluang untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu.
Walaupun maklumat dari seluruh dunia adalah penting, bagi tujuan surat ini kita akan memberi tumpuan kepada keadaan di Malaysia. Persoalan utama yang perlu ditanya ialah, adakah langkah-langkah yang diambil di Malaysia berkadar, relevan atau berkesan? Setelah meneliti data, jawapannya akan kelihatan seperti "tidak".
Kami telah menyediakan dua laporan untuk anda melihat aspek utama tindak balas Malaysia terhadap situasi COVID-19.
The COVID Crisis – Pandemic, Plandemic, or Gross Incompetence?
Act 342 – Safeguarding or Destroying Malaysia?
Dalam laporan pertama kita melihat terlebih dahulu mengapa vaksinasi secara paksa, diskriminasi terhadap mereka yang tidak divaksin sepenuhnya, dan SOP yang ketat mesti dibatalkan dengan segera. Sebab-sebabnya mudah:
Gelombang kematian di Malaysia sudah berlalu. Ianya sudah berakhir.
Orang yang telah divaksinasi boleh juga menghidap dan menyebarkan COVID-19, menjadikan SOP yang mendiskriminasi mereka yang tidak divaksin sepenuhnya tidak boleh diguna pakai dan terlalu ekstrem.
Selebihnya laporan itu menjelaskan bahawa program vaksinasi COVID-19 dan SOP -SOP lain, kemungkinan besar membuatkan keadaan lebih buruk berbanding apa yang virus itu sendiri mampu lakukan. Lebih penting lagi, terdapat persoalan yang sangat nyata sama ada terdapat wabak COVID-19 di Malaysia, sekurang-kurangnya sebelum pelancaran vaksin eksperimental itu dimulakan.
Akhir sekali, nampaknya mereka yang bertanggungjawab dalam merangka tindak balas negara terhadap apa yang dipanggil "krisis" COVID adalah tidak cekap sepenuhnya, atau tidak sepenuhnya jujur dan telus dengan rakyat Malaysia. Kementerian Kesihatan telah menggunakan Akta 342 untuk melanggari hak-hak rakyat di Malaysia, semata-mata berdasarkan dakwaannya bahawa terdapat suatu bentuk kecemasan. Akibatnya, terdapat kerosakan besar yang dilakukan kepada ekonomi, rakyat, dan fabrik masyarakat di Malaysia.
Ini adalah tindakan melangkaui batas secara terang-terangan oleh pihak pentadbiran yang perlu dihentikan dan dihalang daripada berlaku lagi.
Sebagai seorang Ahli Parlimen yang kini memahami sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengambil tindakan di parlimen dan mengubah keadaan ini demi kepentingan rakyat Malaysia. Apa yang boleh anda lakukan?
Mudah. Terdapat perbahasan yang akan timbul di mana pindaan kepada Akta 342 dibentangkan. Jika diluluskan, pindaan ini akan membolehkan pentadbiran perubatan negara menjalankan kuasa yang jauh melebihi kuasa parlimen, dan perlembagaan. Malah, versi semasa Akta 342 sudahpun mendatangkan hasil yang berbahaya, tetapi pindaan baru yang dicadangkan akan membuat keadaan menjadi lebih buruk.
Dokumen kedua pula disediakan untuk membantu anda bersedia untuk perbahasan ini. Ia meneroka peranan Akta 342 yang dimainkan dua tahun terakhir ini, pindaan yang dicadangkan, dan implikasi yang mungkin wujud atas pindaan tersebut, jika ianya diluluskan.
Seruan tindakan:
Jika anda percaya bahawa maklumat yang dibentangkan dalam laporan kami adalah benar, kami meminta anda menyokong 5 tindakan yang dicadangkan di bawah. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan bahawa kes yang dikemukakan kepada anda memerlukan lebih banyak masa untuk dihadam dan disahkan, kami meminta anda menuntut lanjutan kepada perbahasan Akta 342 sementara penyiasatan lebih lanjut dijalankan ke atas semua isu.
Sebaik sahaja anda berpuas hati bahawa maklumat yang dibentangkan kepada anda dalam laporan kami ini memang berfakta dan benar, kami akan meminta anda melakukan semua yang ada pada kuasa anda untuk mengubah arah di mana Malaysia sedang menuju. Khususnya, anda perlu:
Menentang sebarang pindaan baru kepada Akta 342 yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran.
Bekerja dengan rakan-rakan anda untuk memperkenalkan versi baru Akta 342 di mana selepas ini pentadbiran perubatan di Malaysia, termasuk KP Kesihatan, akan dikenakan semak dan imbang (check and balance) yang menghadkan kuasa yang mereka boleh gunakan. ("Akta 342 – Melindungi atau Menghancurkan Malaysia?" mencadangkan arahan untuk anda bekerjasama dalam hal ini).
Lakukan segala-galanya dalam kuasa anda untuk menghalang kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian COVID-19 baru dengan WHO, kerana perjanjian ini akan membolehkan "Perlembagaan WHO" diutamakan daripada perlembagaan negara semasa bencana alam atau pandemik.
Cabar kerajaan dalam setiap aspek bagaimana situasi COVID-19 diuruskan.
Menuntut semua sekatan COVID ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.
Masa depan Malaysia sedang dipertaruhkan, dan kami percaya bahawa anda akan berdiri di sisi sains, integriti, kebenaran, dan rakyat Malaysia yang taat setia.
Yang Benar,
The COVID Crisis – Pandemic, Plandemic, or Gross Incompetence?